Kesihatan adalah nikmat pemberian daripada Allah SWT yang amat besar kepada manusia. Manusia yang sihat akan melalui kehidupan yang sempurna dan bahagia. Manakala manusia yang sakit, jiwanya tidak akan merasa tenteram dan tidak ceria.
Oleh itu, Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya, "Rebutlah lima prkara sebelum datang lima perkara..." salah satu daripadanya ialah "Rebutlah masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu..".
Mengelakkan diri daripada penyakit adalah lebih utama daripada mengubati penyakit. Apabila tubuh badan kita sudah sakit, mengembalikannya kepada fungsi asal adalah sukar.
Justeru itu, kita hendaklah sedaya upaya berusaha mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh sebarang penyakit. Antara cara mengelakkan diri daripada penyakit jasmani adalah bersukan dan bersenam mengikut kaedah yang betul, pemakanan yang seimbang, tidur yang mencukupi dan sebagainya.
BERSUKAN DAN BERSENAM
Bagi mendapatkan kesihatan jasmani kita perlu bersenam dan bersukan. Tetapi perlu diingat, senaman yang dilakukan mengikut kaedah yang sesuai sahaja menyebabkan kita sihat. Apabila senaman dilakukan tidak mengikut kaedah yang betul ataupun sukan yang melampau, penyakit lain pula menimpa diri kita.
Senaman yang betul adalah senaman yang bertepatan dengan fungsi anggota. Cara menggerakkan kepala adalah berbeza dengan cara menggerakkan tangan ataupun kaki. Kaedah-kaedah yang betul perlu dipelajari supaya anggota kita tidak terseliuh atau terganggu kedudukan asalnya. Jangan anggap asal bersenam sahaja badan kita akan sihat!!!
Berikut adalah beberapa jenis sukan yang amat digalakkan oleh Rasulullah SAW:
 |
| Berlumba lari. |
.jpg) |
| Menuggang kuda.Memanah. |
.jpg) |
| Memanah. |
.jpg) |
| Berenang. |
.jpg) |
Seni mempertahankan diri.
Makanan yang seimbang penting bagi menjaga kesihatan badan. mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan berlebihan menyebabkan seseorang dijangkiti penyakit. Para doktor bersetuju punca segala penyakit adalah perut.
Makanan yang seimbang yang dapat menjaga kesihatan kita adalah makanan yang berkhasiat dan mempunyai pelbagai zat dan vitamin. Badan kita memerlukan zat yang mencukupi untuk menjaga kesihatan badan. Apabila ada zat yang berkurangan dan terdapat pula zat yang berlebihan ia menyebabkan penyakit. Contohnya kalsium dan zat besi. Walaupun pada peringkat awal zat besi dan kalsium penting bagi menguatkan tulang dan gigi,tetapi apabila secara berlebihan ia menyebabkan penyakit.
Oleh itu, bagi memiliki badan yang sihat, kita perlu bijak merancang pengambilan makanan yang seimbang. Jangan suka kepada sesuatu makanan sahaja dan meninggalkan makanan yang lain. Contoh yang mudah adalah manusia suka makan nasi dengan pelbagai lauk pauk tetapi tidak suka makan sayur. Ini menunjukkan makanan yang diambil itu adalah makanan yang tidak seimbang. Akhirnya antibodi manusia tidak berapa kuat dan mudah dijangkiti penyakit.
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Pencegahan daripada dijangkiti penyakit bermula daripada penjagaan kebersihan diri yang asas. Contohnya, penjagaan kebersihan kuku dapat mencegah merebaknya kuman berjangkit seperti demam kepialu dan cirit birit. Menjaga kebersihan rambut dapat mencegah pembiakan kutu.
Antara kebersihan asas yang dianjurkan oleh Raslullah SAW kepada kita adalah memendekkan misai supaya tidak menutup bibir, menjaga janggut, menggosok gigi, memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wudhuk, memotong kuku, membersihkan celah-celah jari tangan dan kaki, memotong bulu ketiak, memotong bulu kemaluan, membersihkan diri sesudah selesai buang air dan berkumur-kumur.
TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang mencukupi juga perlu bagi kesihatan badan kita. Tidur yang berlebihan mengakibatkan badan lesu dan kurang bertenaga. Rasa hendak tidur sepanjang hari.
Oleh sebab itu, tidur yang mencukupi dan sederhana; tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu lama, adalah penting bagi kecerdasan dan kesihatan tubuh.
CARA TIDUR YANG SEBAIK BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
- Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00
dengan keadaan berwuduk.
- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi..
berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
- Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
- Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan.. rusuk kiri di bahagian atas.. supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus.. cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR.
- Awal awal pagi setelah terbit matahari.
- Selepas masuk waktu Asar.
- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
|
No comments:
Post a Comment