Tuhan telah menciptakan manusia dengan segala kesempurnaan dan kelebihan yang cukup unik.
Bagi menggerakkan fungsi-fungsi berkenaan, tubuh manusia telah dilengkapi pelbagai sel sehingga mencapai trilion unit.
Ia merangkumi sel yang mengawal semua aktiviti tisu, organ, otak dan juga sistem dalam tubuh manusia.
Sel-sel terpenting adalah untuk menggerakkan nadi utama kehidupan manusia iaitu denyutan jantung.
Sel-sel juga digunakan pada 206 ruas tulaang rangka yang menyokong struktur badan selain kulit yang meliputi tubuh manusia.
Kuman terbesar
Kuman, virus atau bakteria merupakan antara penyebab kepada pelbagai penyakit yang memberi kegagalan kepada kepada struktur badan untuk berfungsi secara normal.
Kehadiran mikro organisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini boleh mengancam dan mengganggu kesihatan manusia.
Daripada pelbagai jenis kuman ini, bakteria spesisie Sulfur Pearl of Namibia dikatakan mempunyai saiz terbesar.
Dengan nama saintifik Thiomargarita namibiensis, ia mempunyai ukuran 0.75 milimeter.
Bakteria tersebut telah ditemui oleh seorang ahli biologi, Heide Schulz dari Institut Mikrobiologi Marin Max Planck ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.

.jpg)
No comments:
Post a Comment