Sunday, 13 May 2012

KONGSI PETUA

Para pembaca sekalian..anda ada petua sihat?? kalau ada boleh la kongsikan besama pembaca yang lain..
Antara petua yang saya ingin kongsikan kepada anda:

Garam atasi batuk
Sekiranya anda mengalami batuk berkahak dan gatal pada tekak, ambil satu sudu asam jawa dan setengah sudu kecil garam. Bancuh dengan air panas sehingga sebati. seelok-eloknya diminum semasa masih panas. Batuk dan gatal tekak akan berkurangan. Minum bila perlu.

Lobak merah untuk mata menawan
Ambil lobak merah dan timun. Kisarkan bersama susu dan air untuk menjadikannya jus. Amalkan meminum jus ini setiap hari.

Getah pokok sena sembuhkan ulser mulut
ambil getah pokok sena dan sapukan pada tempat ulser dua kali sehari.

Atasi rasa gatal lidah akibat keladi
Sekiranya termakan keladi gatal, warna lidah akan menjadi ungu. Oleh itu, anda perlu minum secawan air kelapa muda untuk menghilangkan rasa gatal tersebut.

SELAMAT MENCUBA...!!

5 TANDA AWAL PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat hari ini. Sebelum ia menjadi lebih parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.....Sesiapa sahaja boleh diserang penyakit ini tanpa mengenal usia.

  • Sakit dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

  • Sukar bernafas
Kebiasaannya terjadi ketika tidur atau sekadar berbaring. Ia disebabkan kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

  • Kurang selera makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

  • Sering rasa lelah penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab, ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup

  • Kerap buang air kecil
Ia kerana cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari.

Jika ada di antara pembaca mempunyai salah satu atau mana-mana tanda awal sakit jantung, anda di nasihatkan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan sewajarnya.... 

Apa itu ''Ghosts Lime''??

Ahhaaaaa!!! siapa yang tidak kenal dengan sejenis buah yang sangat 'famous' ni???? ade tak??

okey..tidak mengapa bagi yang tidak mengenalinya..
Jom!! saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai buah ini yang banyak memberi manfaat kepada manusia....


Nama Tempatan: Limau Purut
Nama Inggeris: Ghosts Lime
Kegunaan
Daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut. Menurut tradisi, buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit. Daunnya juga digunakan dalam sejenis masakan Siam-Melayu yang popular dipanggil `Tom Yam’. 
Taburan & Ekologi: Ditanam di kampung-kampung kerana buahnya.

Buah limau purut boleh dijadikan sebagai bahan asas mandian yang menyegarkan dan menghilangkan bau badan..serta mewangikan rambut dan menghilangkan kelimumur pada kepala anda..




Kegunaan buah limau purut bukan sahaja untuk tubuh badan, malah ia juga digunakan dalam masakan..begitu juga dengan daunnya...ia digunakan untuk menaikkan aroma masakan...hmmm,memang sangat meyelerakan..


sejenis masakan yang diminati ramai, iaitu tom yam...
tom yam

Saturday, 12 May 2012

TAHUKAH ANDA?!!



MAKANAN SUNNAH


KISMIS

kismis
Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.
             Kismis adalah antara buah-buahan kering yang mengandungi banyak zat. Ia boleh dijadikan sebagai sumber zat besi, potassium, posforus, kalsium, magnesium dan juga vitamin B. Ia juga berperanan penting kepada mereka yang mengamalkan diet kepada mereka yang mengamalkan diet kerana kandungan seratnya yang tinggi sementara lemak dan sodium yang rendah.

       Kismis mengandungi 70% fruktos dan sejenis sumber tenaga yang mudah cerna dalam tubuh. Selain itu, ia mengandungi gula asli yang dapat memberi sumber tenaga dalam kadar segera. ia juga boleh dimakan setiap hari terutama pada waktu pagi sebelum sarapan dan dengan jumlah yang ganjil serta membaca doa.

KURMA

Buah Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan kawasan tanah yang kering serta mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama kegemaran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

       Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Buah kismis dan kurma turut disebut di dalam al-qur'an

Allah berfiman yang bermaksud: "Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak brcabang, disirami dengan air yang sama......." (Surah Ar Ra'd: 4)     


===>>> Buah kurma dan kismis juga merupakan antara buah kegemaran saya....^___^ 

ANDA NAK TAHU KENAPA????

Dua jenis buah ini sangat sedap rasanya..mungkin ada diantara pembaca tidak menggemarkannya..Ia juga memberi tenaga dan vitamin yang lengkap untuk tubuh badan saya.

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”




Saidina Ali r.a. meriwayatkan:


 “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Pernah atau tidak, anda mencuba untuk mencampurkan dua jenis buah ini (kismis&kurma diptong kecil) ke dalam minuman??? terutamanya air susu..hmmm..sangat lazat!!! saya sering menyediakan minuman ini,anda juga boleh mencubanya..

Saturday, 5 May 2012

Rawat Jasmani Anda


Kesihatan adalah nikmat pemberian daripada Allah SWT yang amat besar kepada manusia. Manusia yang sihat akan melalui kehidupan yang sempurna dan bahagia. Manakala manusia yang sakit, jiwanya tidak akan merasa tenteram dan tidak ceria.

       Oleh itu, Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya, "Rebutlah lima prkara sebelum datang lima perkara..." salah satu daripadanya ialah "Rebutlah masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu..".

       Mengelakkan diri daripada penyakit adalah lebih utama daripada mengubati penyakit. Apabila tubuh badan kita sudah sakit, mengembalikannya kepada fungsi asal adalah sukar. 

       Justeru itu, kita hendaklah sedaya upaya berusaha mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh sebarang penyakit. Antara cara mengelakkan diri daripada penyakit jasmani adalah bersukan dan bersenam mengikut kaedah yang betul, pemakanan yang seimbang, tidur yang mencukupi dan sebagainya.

BERSUKAN DAN BERSENAM

Bagi mendapatkan kesihatan jasmani kita perlu bersenam dan bersukan. Tetapi perlu diingat, senaman yang dilakukan mengikut kaedah yang sesuai sahaja menyebabkan kita sihat. Apabila senaman dilakukan tidak mengikut kaedah yang betul ataupun sukan yang melampau, penyakit lain pula menimpa diri kita.  

       Senaman yang betul adalah senaman yang bertepatan dengan fungsi anggota. Cara menggerakkan kepala adalah berbeza dengan cara menggerakkan tangan ataupun kaki. Kaedah-kaedah yang betul perlu dipelajari supaya anggota kita tidak terseliuh atau terganggu kedudukan asalnya. Jangan anggap asal bersenam sahaja badan kita akan sihat!!!

       Berikut adalah beberapa jenis sukan yang amat digalakkan oleh Rasulullah SAW:




Berlumba lari.
Menuggang kuda.Memanah. 
Memanah.

Berenang.

Seni mempertahankan diri.


PEMAKANAN YANG SEIMBANG




Makanan yang seimbang penting bagi menjaga kesihatan badan. mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan berlebihan menyebabkan seseorang dijangkiti penyakit. Para doktor bersetuju punca segala penyakit adalah perut.


       Makanan yang seimbang yang dapat menjaga kesihatan kita adalah makanan yang berkhasiat dan mempunyai pelbagai zat dan vitamin. Badan kita memerlukan zat yang mencukupi untuk menjaga kesihatan badan. Apabila ada zat yang berkurangan dan terdapat pula zat yang berlebihan ia menyebabkan penyakit. Contohnya kalsium dan zat besi. Walaupun pada peringkat awal zat besi dan kalsium penting bagi menguatkan tulang dan gigi,tetapi apabila secara berlebihan ia menyebabkan penyakit. 


       Oleh itu, bagi memiliki badan yang sihat, kita perlu bijak merancang pengambilan makanan yang seimbang. Jangan suka kepada sesuatu makanan sahaja dan meninggalkan makanan yang lain. Contoh yang mudah adalah manusia suka makan nasi dengan pelbagai lauk pauk tetapi tidak suka makan sayur. Ini menunjukkan makanan yang diambil itu adalah makanan yang tidak seimbang. Akhirnya antibodi manusia tidak berapa kuat dan mudah dijangkiti penyakit. 

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Pencegahan daripada dijangkiti penyakit bermula daripada penjagaan kebersihan diri yang asas. Contohnya, penjagaan kebersihan kuku dapat mencegah merebaknya kuman berjangkit seperti demam kepialu dan cirit birit. Menjaga kebersihan rambut dapat mencegah pembiakan kutu. 


       Antara kebersihan asas yang dianjurkan oleh Raslullah SAW kepada kita adalah memendekkan misai supaya tidak menutup bibir, menjaga janggut, menggosok gigi, memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wudhuk, memotong kuku, membersihkan celah-celah jari tangan dan kaki, memotong bulu ketiak, memotong bulu kemaluan, membersihkan diri sesudah selesai buang air dan berkumur-kumur.

TIDUR YANG MENCUKUPI



Tidur yang mencukupi juga perlu bagi kesihatan badan kita. Tidur yang berlebihan mengakibatkan badan lesu dan kurang bertenaga. Rasa hendak tidur sepanjang hari.


       Oleh sebab itu, tidur yang mencukupi dan sederhana; tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu lama, adalah penting bagi kecerdasan dan kesihatan tubuh. 





CARA TIDUR YANG SEBAIK BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.


  • Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 
  • dengan keadaan berwuduk.
  • Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi..
  • berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  • Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  • Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan.. rusuk kiri di bahagian atas.. supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus.. cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR.

  • Awal awal pagi setelah terbit matahari.
  • Selepas masuk waktu Asar.
  • Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.







Tuesday, 24 April 2012

FAKTA MENARIK

Manusia mempunyai trilion unit sel


Tuhan telah menciptakan manusia dengan segala kesempurnaan dan kelebihan yang cukup unik.

       Bagi menggerakkan fungsi-fungsi berkenaan, tubuh manusia telah dilengkapi pelbagai sel sehingga mencapai trilion unit.

       Ia merangkumi sel yang mengawal semua aktiviti tisu, organ, otak dan juga sistem dalam tubuh manusia.

       Sel-sel terpenting adalah untuk menggerakkan nadi utama kehidupan manusia iaitu denyutan jantung.

       Sel-sel juga digunakan pada 206 ruas tulaang rangka yang menyokong struktur badan selain kulit yang meliputi tubuh manusia.


Kuman terbesar

Kuman, virus atau bakteria merupakan antara penyebab kepada pelbagai penyakit yang memberi kegagalan kepada kepada struktur badan untuk berfungsi  secara normal.

       Kehadiran mikro organisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini boleh mengancam dan mengganggu kesihatan manusia.

       Daripada pelbagai jenis kuman ini, bakteria spesisie Sulfur Pearl of Namibia dikatakan mempunyai saiz terbesar.

       Dengan nama saintifik Thiomargarita namibiensis, ia mempunyai ukuran 0.75 milimeter.

       Bakteria tersebut telah ditemui oleh seorang ahli biologi, Heide Schulz dari Institut Mikrobiologi Marin Max Planck ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia. 

Sunday, 8 April 2012

Rahsia Alam

Kehebatan  LIDAH BUAYA



Nama Tempatan:
 Lidah Buaya

Nama Botani:
 Aloe Vera Linn

Nama Lain:
 Jadam(Melayu), Crocodile Tounge(English), Salvia(Spanyol), Lu Hui(Cina)

Lokasi Ditemui:
 Seluruh dunia

Jenis Tumbuhan:
 Tumbuhan hiasan

Asal:
 Afrika Utara

Kandungan Pokok
Mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.


Kelebihan LIDAH BUAYA


Tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati penyakit colitis (radang usus) dan ulcer peptic (ulser perut). Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.


Tumbuhan ini juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihandalam badan juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.


Tumbuhan ini boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan (salur penghadaman). Lidah Buaya dipercayai mempunyai bahan semulajadi yang dapat menguatkan ketahanan badan.

Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan di rumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh digunakan jika bahagian badan melecur atau melepuh. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan denga cara menyapu gelnya pada kepala, dahi dan pelipis. 



Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. selain itu, ia mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga. Untuk penggunaan kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.




Tumbuhan ini juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut. Ia boleh digunakan secar terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun, ambil isinya dan kisarkan sehingga hancur, campurkan sedikit air.



Saturday, 10 March 2012

Khasiat air putih

Minum air putih sebelum dan sesudah bangun tidur


Banyak penyakit boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan airserta pengambilan air yang tercemar. Air bukan sahaja membantu mencantikkan kulit, malah mengambil air secara teratur juga bermanfaat untuk membersihkan tubuh dan racun. Namun sayangnya masih ramai yang mengabaikan salah satu bahagian penting untuk ini. 

Ramai yang mengambaikan minum air putih, termasuklah ketika bangun dari tidur. Untuk pengetahuan anda, apabila kita tidur, tubuh telah mengeluarkan banyak cairanmelalui pengewapan. Hal ini berlaku kerana tubuh tidak pernah berhenti bekerja walaupun ketika kita tidur. Metabolisme sel terus berjalan dan cairan sel tubuh membantunya.

Ganti cairan yang hilang

Jadi, setelah antara 6-8 jam tidur, tubuh boleh mengalami kekurangan air kerana di dalam proses metabolisme sel ada cairan yang terbuang. Bila kita tidak minum air setelah bangun dari tidur, tubuh akan berasa kekurangan air/mineral. Cukup dengan segelas air putih setelah bangun daripada tidur, ia amat bermanfaat sekali.

Air di dalam tubuh kita juga digunakan oleh organ-organ tubuh yang selama ini tidak pernah berhenti bekerja, termasuklah otak, jantung dan ginjal. Jadi, setelah bangun daripada tidur, anda disarankan untuk minum segelas air bagi menggantikan cairan yang hilang sewaktu tidur.

Kita juga perlu minum air putih sebelum tidur. Tidak perlu terlalu banyak kerana pengambilan air yang berlebihan juga boleh menyebabkan kita sering terjaga dari tidur untuk buang air kecil. Ia juga boleh menyebabkan mudarat kepada fungsi jantung  dan ginjal. Namun anda perlu ingat, pemilihan air untuk diminum perlulah memenuhi aspek kesihatan.

Elak penuhkan dengan makanan

Rasulullah S.A.W menyarankan kita supaya membahagikan perut kepada tiga bahagian iaitu satu pertiganya untuk makanan, satu pertiga lagi untuk minuman dan satu pertiga selebihnya untuk pernafasan.

Ini bermakna kita tidak boleh memenuhkan perut dengan makanan semata-mata. Melalui kajian sains, secara puratanya tubuh mempunyai muatan 1500 mililiter. Kesimpulannya, gabungan sunnah nabi dan sains ini boleh diaplikasikan kepada 500 mililiterpertama untuk makan yang meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan, 500 mililiter lagi umtuk minuman dan selebihnya untuk pernafasan.

Membantu dalam proses diet seimbang

Menurut pakar diet, minum diantara satu hingga dua gelas air putih sebelum makan dapat membantu penurunan berat badan. Mereka yang melakukan perkara ini setiap hari,berat badannya dapat turun sekitar lima kilogram lebih banyak berbanding antara mereka yang berdiet lain yang TIDAK MENINGKATKAN pengambilan air putih setiap hari.

Minum air putih sebelum makan akan menyebabkan perut rasa penuh dan kenyang sehingga memberikan signal pada otak untuk tidak meneruskan makan dengan kuantiti yang banyak. Ini disebabkan air putih yang diminum sebelum makan mengisi perut dengan zat tanpa sebarang tambahan kalori. 

Wanita: 8-9 gelas sehari.
Lelaki: 13 gelas sehari. 





Friday, 2 March 2012

Is sleep that important??

This is a science fact..

Most people would agree that there's nothing better than a good night's sleep. Stressful day at the office? Long hours doing yard work and housework? All this can repaired with a nice, long slumber. There have been thousands of sleep studies performed over the years, but we still aren't exactly sure why we sleep. Prior to 1915, scientists thought bedtime was merely shutdown mode for both the body and mind. It wasn't until a graduate student at the University of Chicago hooked his son to a brain wave machine during sleep that we learned about rapid eye movement (REM) - sleep period when the brain speeds up its activity. During REM sleep our eyes twitch, our limbs and facial muscle may move and we dream. One sleep theory is that our brain goes over the information it received that day and decides what should stick around and where it should go. Behavioral research supports this notion, but sleep is so mysterious and different for each person that it's tough to get conclusive results. Event though we aren't exactly sure why we sleep, we know that we have to - all mammals sleep. In fact, a lab rat that would normally live for three years will die in about three weeks without sleep.


Thursday, 23 February 2012

Ujian dari ALLAH...


Ujian kesakitan yang menimpa diri, sebenarnya menguji kesabaran dan ketabahan serta keimanan seseorang itu untuk menerimanya dengan rela hati..bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah beri kepadamu..oleh itu, sentiasalah mengingati Allah dikala sihat atau sakit, dikala senang atau susah atau apa jua keadaanmu agar diri tidak terpesong dari  landasan iman dan nikmat islam..:)  


Ya...memang tidak dinafikan..perasaan apabila ditimpa musibah kadang kala emosinya tidak dapat dikawal, sering ingin mengeluh dan menyalahkan takdir.. :) Wahai temanku sekalian, jika kita lupa terus padaNya kita akan hanyut dengan bisikan syaitan yang sentiasa menggoda untuk menyesatkan anak-anak Adam(manuasia)...oleh yang demikian...untuk peringatan kita semua, terutamanya pada diriku sendiri..bahawasanya Allah tidak menurunkan sesuatu beban kepada kita, melainkan kita mampu memikulnya, Allah sangat sayang pada hamba-hambaNya.. :) 
Kadang-kadang menitis juga air mata melihat keperitan yang dilalui oleh orang lain..teramat pilu, tapi itulah namanya takdir..


Tanpa kita sedari, sebenarnya disebalik ujian yang Allah beri kepada kita ada hikmah yang tersembunyi, begitu banyak rahsia tuhan(Allah) yang tidak diketahui oleh hamba-hambaNya..
Mari kawan2 ku sekalian...hayati dan bacalah coretan yang lahir dari hati ini::)


Sepi kian menyelubungi jiwaku
Hatiku menjadi sayu
tatkala insan lain bergembira..
Aku termenung sendirian
mengenang nasib yang menimpa diri


Tuhan..
Aku memohon padaMu yang Maha berkuasa
Tabahkanlah hati hambaMu ini
Tidak terdaya rasanya untukku menerima 
takdir dariMu..
Terkadang aku menangis, meronta dan merintih
terhadap ujian yang Engkau beri padaku..
mengapa aku(2x)....diuji sebegini..
Ya Tuhan...
tiada siapa yang dapat mengetahui
perasaanku ketika ini
melainkan Engkau yang Maha mengetahui
segala rasa hati hambaMu
Sesak dadaku menahan sebak di hati...
Namun ku tahu ada hikmahnya
di atas setiap yang berlaku
Ku serahkan segalanya
padaMu Ya Rabb..


Ya Tuhan..
ampunilah dosa-dosaku
kerna terkadang aku menyalahkan 
akan takdir yang Engkau beri..
tapi aku tahu
Engkau amat menyayangi diriku..
Kerana sayangMu itulah 
Engkau menguji aku dengan derita ini


Ya Allah..
Peliharalah aku dari nerakaMu
Tetapkan imanku dari 
digoda syaitan durjana!!


Apakah perasaan kalian ketika membaca coretan hati ini???


Ya kawan-kawan...tatkala kita bersedih mahupun diuji olehNya, kita harus sedar, dari saat itulah kita mulai rapat denganNya..Bangkitlah dari kekecewaan kerana Allah telah menentukan sesuatu yang lebih baik daripada itu...Allah Maha mengetahui dan Maha mengasihani hambaNya. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih sayang pada kita:)

::ALLAH yang berikan penyakit dan ALLAH juga yang berikan penawar..::
::ALAH yang tentukan sesuatu itu terjadi pada hambaNya dan ALAH juga yang tentukan sesuatu hikmah yang terbaik untuk hambaNya..::
::~ syukurilah nikmat dan anugerah ALLAH SWT ~::


:)