Tuesday, 24 April 2012

FAKTA MENARIK

Manusia mempunyai trilion unit sel


Tuhan telah menciptakan manusia dengan segala kesempurnaan dan kelebihan yang cukup unik.

       Bagi menggerakkan fungsi-fungsi berkenaan, tubuh manusia telah dilengkapi pelbagai sel sehingga mencapai trilion unit.

       Ia merangkumi sel yang mengawal semua aktiviti tisu, organ, otak dan juga sistem dalam tubuh manusia.

       Sel-sel terpenting adalah untuk menggerakkan nadi utama kehidupan manusia iaitu denyutan jantung.

       Sel-sel juga digunakan pada 206 ruas tulaang rangka yang menyokong struktur badan selain kulit yang meliputi tubuh manusia.


Kuman terbesar

Kuman, virus atau bakteria merupakan antara penyebab kepada pelbagai penyakit yang memberi kegagalan kepada kepada struktur badan untuk berfungsi  secara normal.

       Kehadiran mikro organisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini boleh mengancam dan mengganggu kesihatan manusia.

       Daripada pelbagai jenis kuman ini, bakteria spesisie Sulfur Pearl of Namibia dikatakan mempunyai saiz terbesar.

       Dengan nama saintifik Thiomargarita namibiensis, ia mempunyai ukuran 0.75 milimeter.

       Bakteria tersebut telah ditemui oleh seorang ahli biologi, Heide Schulz dari Institut Mikrobiologi Marin Max Planck ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia. 

Sunday, 8 April 2012

Rahsia Alam

Kehebatan  LIDAH BUAYA



Nama Tempatan:
 Lidah Buaya

Nama Botani:
 Aloe Vera Linn

Nama Lain:
 Jadam(Melayu), Crocodile Tounge(English), Salvia(Spanyol), Lu Hui(Cina)

Lokasi Ditemui:
 Seluruh dunia

Jenis Tumbuhan:
 Tumbuhan hiasan

Asal:
 Afrika Utara

Kandungan Pokok
Mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.


Kelebihan LIDAH BUAYA


Tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati penyakit colitis (radang usus) dan ulcer peptic (ulser perut). Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.


Tumbuhan ini juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihandalam badan juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.


Tumbuhan ini boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan (salur penghadaman). Lidah Buaya dipercayai mempunyai bahan semulajadi yang dapat menguatkan ketahanan badan.

Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan di rumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh digunakan jika bahagian badan melecur atau melepuh. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan denga cara menyapu gelnya pada kepala, dahi dan pelipis. 



Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. selain itu, ia mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga. Untuk penggunaan kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.




Tumbuhan ini juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut. Ia boleh digunakan secar terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun, ambil isinya dan kisarkan sehingga hancur, campurkan sedikit air.