Ujian kesakitan yang menimpa diri, sebenarnya menguji kesabaran dan ketabahan serta keimanan seseorang itu untuk menerimanya dengan rela hati..bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah beri kepadamu..oleh itu, sentiasalah mengingati Allah dikala sihat atau sakit, dikala senang atau susah atau apa jua keadaanmu agar diri tidak terpesong dari landasan iman dan nikmat islam..
Ya...memang tidak dinafikan..perasaan apabila ditimpa musibah kadang kala emosinya tidak dapat dikawal, sering ingin mengeluh dan menyalahkan takdir..
Wahai temanku sekalian, jika kita lupa terus padaNya kita akan hanyut dengan bisikan syaitan yang sentiasa menggoda untuk menyesatkan anak-anak Adam(manuasia)...oleh yang demikian...untuk peringatan kita semua, terutamanya pada diriku sendiri..bahawasanya Allah tidak menurunkan sesuatu beban kepada kita, melainkan kita mampu memikulnya, Allah sangat sayang pada hamba-hambaNya..
Kadang-kadang menitis juga air mata melihat keperitan yang dilalui oleh orang lain..teramat pilu, tapi itulah namanya takdir..
Tanpa kita sedari, sebenarnya disebalik ujian yang Allah beri kepada kita ada hikmah yang tersembunyi, begitu banyak rahsia tuhan(Allah) yang tidak diketahui oleh hamba-hambaNya..
Mari kawan2 ku sekalian...hayati dan bacalah coretan yang lahir dari hati ini:

Sepi kian menyelubungi jiwaku
Hatiku menjadi sayu
tatkala insan lain bergembira..
Aku termenung sendirian
mengenang nasib yang menimpa diri
Tuhan..
Aku memohon padaMu yang Maha berkuasa
Tabahkanlah hati hambaMu ini
Tidak terdaya rasanya untukku menerima
takdir dariMu..
Terkadang aku menangis, meronta dan merintih
terhadap ujian yang Engkau beri padaku..
mengapa aku(2x)....diuji sebegini..
Ya Tuhan...
tiada siapa yang dapat mengetahui
perasaanku ketika ini
melainkan Engkau yang Maha mengetahui
segala rasa hati hambaMu
Sesak dadaku menahan sebak di hati...
Namun ku tahu ada hikmahnya
di atas setiap yang berlaku
Ku serahkan segalanya
padaMu Ya Rabb..
Ya Tuhan..
ampunilah dosa-dosaku
kerna terkadang aku menyalahkan
akan takdir yang Engkau beri..
tapi aku tahu
Engkau amat menyayangi diriku..
Kerana sayangMu itulah
Engkau menguji aku dengan derita ini
Ya Allah..
Peliharalah aku dari nerakaMu
Tetapkan imanku dari
digoda syaitan durjana!!
Apakah perasaan kalian ketika membaca coretan hati ini???
Ya kawan-kawan...tatkala kita bersedih mahupun diuji olehNya, kita harus sedar, dari saat itulah kita mulai rapat denganNya..Bangkitlah dari kekecewaan kerana Allah telah menentukan sesuatu yang lebih baik daripada itu...Allah Maha mengetahui dan Maha mengasihani hambaNya. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih sayang pada kita

::ALAH yang tentukan sesuatu itu terjadi pada hambaNya dan ALAH juga yang tentukan sesuatu hikmah yang terbaik untuk hambaNya..::
::~ syukurilah nikmat dan anugerah ALLAH SWT ~::
